Ahad, 7 Disember 2014

AHLAN WASAHLAN

Portal DIREKTORI USAHAWAN HPA

DIREKTORI USAHAWAN HPA adalah komuniti peniaga, usahawan dan profesional yang menitikberatkan kerjasama dan perkongsian dalam kepelbagaian aktiviti berkaitan perniagaan, perundingan, pengurusan dan perkhidmatan. Semua peniaga, usahawan dan profesional HPA adalah sangat dialu-alukan untuk bersama-sama menyertai komuniti ini.

Menerusi sokongan anda semua insyaAllah kewujudan komuniti ini akan memberi manfaat bukan sahaja dikalangan peniaga, usahawan dan profesional, malah kepada semua pelanggan, pengguna dan khususnya umat islam yang kebanyakannya pada hari ini telah mulai sedar akan keperluan untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan yang berkualiti lagi halal yang diusahakan sendiri oleh para peniaga, usahawan dan profesional muslim.

Kepada para peniaga, usahawan dan profesional yang berminat menyertai komuniti ini, anda boleh kenalkan produk dan perkhidmatan anda secara percuma di sini dengan mengisi borang penyertaan secara online di pautan berikut:

SILA KLIK DI SINI >>>DIREKTORI USAHAWAN HPA

Pengkalan data kami akan mengumpul semua maklumat yang anda berikan melalui borang penyertaan yang kami terima dan seterusnya akan menyenaraikan perniagaan, produk dan perkhidmatan anda di halaman
DIREKTORI USAHAWAN HPA untuk dikongsikan oleh semua pihak yang berminat mendapatkan maklumat mengenai produk, perkhidmatan dan perundingan yang anda tawarkan menerusi komuniti ini.
TERIMA KASIH di atas kunjungan anda ke halaman web ini.

Semoga Allah SWT memberi kejayaan dalam apa jua perkara yang anda usahakan.Firman Allah SWT:


Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka". (al-Quran al-Karim: Al-Baqarah ayat 201)